Misteri Myvi putih di tengah sungai akhirnya terjawab


KUALA BERANG - Kehadiran sebuah Perodua Myvi putih di tengah sungai di Kampung Temir, kelmarin, menimbulkan tanda tanya orang ramai, apatah lagi setelah gambar kenderaan itu viral di laman sosial khususnya Whatsapp dan Facebook.

Kehadiran Myvi putih itu turut menimbulkan pelbagai andaian dan menjadi perbahasan, bagaimana kenderaan itu boleh berada dalam sungai tersebut?

Bagaimanapun, hakikatnya ia merupakan kes kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Pekan Ajil yang tertekan pedal minyak sehingga kenderaan dipandunya meluru masuk ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud mengesahkan ada menerima laporan kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang-Kenyir di Kampung Temir pada jam 8.19 malam kelmarin (hari kejadian).

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, tetapi mangsa yang merupakan peniaga di Pekan Ajil, tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan dipandunya itu.

“Kemalangan berlaku di tebing Sungai Terengganu di Kampung Temir. Mangsa tiba di lokasi untuk memancing, tetapi semasa menghampiri hujung tebing,  permukaan tanah berumput dan licin.

“Mangsa yang hendak menekan brek, tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan dipandunya itu masuk ke dalam sungai yang cetek. Pemandu berjaya keluar sendiri dari kereta dan tidak cedera,” katanya.

Tambah Mohd Adli, susulan itu orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati walau di mana berada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kerana malang tidak berbau.

Misteri Myvi putih di tengah sungai akhirnya terjawab Misteri Myvi putih di tengah sungai akhirnya terjawab Reviewed by Unknown on 12:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.