Demi selamatkan abang, Seorang Ibu terpaksa gugurkan kandunganya, Mulia Sungguh Hatinya
HANGZHOU - CHINA . Seorang wanita terpaksa membuat keputusan sama ada menggugurkan anaknya atau menyelamatkan abang kandungnya.
Yang Li,24 dari Hangzhou City mengandung 12 minggu dan terpaksa mengugurkan kandungan untuk menyelamatkan abangnya, Yang Jun,29 yang menghidap penyakit kanser.
Memetik DailyMail, Jun disahkan mengidap lymphoma pada September 2015 dan hanya satu cara untuk dia meneruskan kehidupan adalah melakukan pemindahan sumsum tulang.
Selepas beberapa siri ujian, doktor mendapati hanya Yang dapat membantu abangnya itu namun ia akan memberi kesan negatif kepada bayi yang dikandungnya.
Dia diberi pilihan sama ada memilih bayi atau abangnya.
Selepas mendapat sokongan dari suami dan keluarga mertua, dia membuat keputusan yang sukar iaitu memilih untuk mengugurkan kandungan demi menyelamatkan nayawa abangnya.
Yang kini ditempatkan di hospital selepas mengugurkan bayinya dan menunggu sehingga berada dalam keadaan baik bagi membuat pemindahan sum sum tulang.
Sumber
Demi selamatkan abang, Seorang Ibu terpaksa gugurkan kandunganya, Mulia Sungguh Hatinya
Reviewed by Unknown
on
12:07:00
Rating:
No comments: