6 Makanan Berkhasiat Untuk Elak Jadi Seorang Pelupa

Buah Avocado

1. Avokado
Avokado memang merupakan makanan yang hebat! Banyak khasiat. Kandungan asid oleik yang tinggi dalam avokado boleh melindungi saraf neuron kita. Selain itu ianya juga meningkatkan aliran darah dalam otak sekaligus memperbaiki fungsi jantung.

2. Blueberry
Blueberry juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan. Juga dikenali sebagai 'brainberries', buah ini mengandungi antioksidan yang paling tinggi dalam kalangan buah-buahan. Buah ini juga selalu digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk.

3. Kacang
Kacang (kekacang) juga makanan untuk kesihatan otak. Ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Amalan memakan kekacang juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji tinggi.

4. Bijirin dan Bijian
Bijirin juga  dapat membekalkan manfaat untuk kesihatan badan. Selain daripada tinggi dengan kandungan fiber atau serat, makanan ini juga dapat membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk badan. Kandungan lemak omega nya mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap yang maksimum.

5. Ikan Salmon Liar
Ikan salmon memang merupakan antara ikan yang mempunyai khasiat yang diperakui. Omega-3, Vitamin B dan juga asid amino yang tinggi menjadikan nya makanan yang paling bagus untuk meningkatkan keupayaan kognitif kita.

6. Coklat Hitam
Coklat juga terbukti mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain itu, ia mampu membaiki fokus, meningkatkan konsentrasi dan merangsang penghasilan endorfin, yang membantu membina otak yang sihat.


p/s: Suka amal makan kismis (Bijirin dan Bijian) masa sekolah-sekolah dulu.. ;)

Sumber
6 Makanan Berkhasiat Untuk Elak Jadi Seorang Pelupa 6 Makanan Berkhasiat Untuk Elak Jadi Seorang Pelupa Reviewed by Unknown on 17:43:00 Rating: 5

5 comments:

  1. tq for sharing, sejak akhir2 ni mmg pelupa jadinya, agaknya dah byk urat putus ;)

    bro nnti buang word verification tu, susah nak komen kat sini ;)

    ReplyDelete
  2. Hehe urat putus tu dah lain macam aje bunyinya.. ok dah buang verification tu.. nnt rajin2 le komen ye kat sini.

    ReplyDelete
  3. mana nk cari ikan salmon liar?
    salmon kt market tu xtaw liar ke jinak.
    hehehe.
    so how to define? :)

    mkn kcang jela :)

    ReplyDelete
  4. gua ni memang cepat lupa, kena amalkan makan ni

    ReplyDelete
  5. wah..terima kasih sharing kesihatan utk semua..Awesome beb..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.