Isu Rampas Suami Orang, Maznah Zulkifli Jumpa Noniswara
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Maznah Zulkifli telah bersemuka dengan Noniswara bagi menjelaskan dakwaan kononnya dia menjadi punca terhadap keretakan rumah tangga Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan.
Maznah menjelaskan, pertemuan itu diadakan bagi menjelaskan tuduhan Noniswara yang dia tekah merampas Rosman adalah satu fitnah dan salah faham.
"Selain bertemu dengannya kami pernah terserempak di lapangan terbang dan saya telah jelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan kononnya saya mempunyai hubungan dengan suaminya.
"Malah Noniswara pernah menghubungi saya untuk bertanyakan hal sama dan saya tidak pernah mengelak dan menjawab dengan baik setiap pertanyaannya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran S4M Motorsports 'Big Bike Garage' di Setapak pada Sabtu.
Noniswara dan Rosman sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu selepas kes berkenaan tidak dapat diselesaikan secara baik hampir setahun di mahkamah.
Dalam perkembangan sama, Maznah berkata, dia berdiam diri kerana berasa terkejut namanya dikaitkan selain tidak mahu memperbesar-besarkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengannya itu.
Noniswara dan Rosman bercerai secara taklik pada 18 Julai lalu.
Jelasnya, dia tidak perlu melatah kerana berada di pihak yang benar dan mengambil sikap untuk bertenang walaupun dikecam teruk akibat tuduhan berkenaan.
"Isu tersebut sudah pun berlalu tetapi harus saya akui ia adalah satu kejutan buat saya kerana sebelum ini belum pernah nama saya tercalar dengan gosip seperti itu.
"Bagaimanapun saya tidak cepat melenting kerana ia salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali," jelasnya.
Dalam pada itu, Maznah berkata, dia tidak mengenali Rosman secara peribadi dan hanya menyifatkan hubungan mereka sekadar profesional dan berkaitan kerja.
Jelasnya lagi, dia mengenali lelaki tersebut apabila menjadi salah seorang jurucakap untuk satu aplikasi telefon tempat syarikat Rosman bekerja sebelum ini.
"Setiap kali saya ada mesyuarat dengan pihak tersebut saya hadir bersama rakan kongsi dan tidak pernah pergi bersendirian. Secara tiba-tiba nama saya dikaitkan dalam keretakan rumah tangga mereka. Ia adalah berita mengejutkan selain tidak masuk akal," ujarnya.
Bagaimanapun kata Maznah, dia menghormati Noniswara sebagai seorang kawan dan rakan artis dan tidak akan mengelak jika terserempak dengannya selepas ini.
"Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan saya tetap akan menegur, bersalaman dengannya sekiranya kami bertemu," ujarnya.
Sementara itu, Maznah tidak menafikan gosip berkenaan telah menjejaskan nama baiknya sebagai duta BMW Motorrad dan duta Sunway Lagoon yang banyak melibatkan aktiviti lasak bersama belia.
Bagaimanapun kata Maznah, dia tidak patah semangat dengan kejadian tersebut sebaliknya melihat ia sebagai ujian dan percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpanya.
Dalam perkembangan lain, Maznah kini masih sibuk dengan pelbagai aktiviti lasak dan banyak menjelajah ke pelbagai tempat bersama konvoi motosikal berkuasa tinggi.
"Selain jelajah Afrika saya baharu sahaja selesai menjelajah ke sembilan buah negara di Eropah dengan menaiki motosikal selama 25 hari dan aktiviti tersebut sentiasa memberikan saya kepuasan yang tinggi," katanya.
Sumber : Mstar
Isu Rampas Suami Orang, Maznah Zulkifli Jumpa Noniswara
Reviewed by Unknown
on
06:43:00
Rating:
No comments: