Suara Elizabeth Tan dalam Elena of Avalor Versi Bahasa Melayu


PENYANYI yang semakin meningkat naik, Elizabeth Tan bakal menyanyikan lagu tema bagi siri animasi, Elena of Avalor versi Bahasa Melayu.

Berjudul Kini Masaku, peminat berpeluang menyaksikannya menerusi sebuah video muzik yang akan ditayangkan kepada penonton di Disney Channel (saluran Astro 615) bermula 1 November lalu.

Merupakan sebuah lagu bersemangat yang berasaskan kekuatan dan keyakinan diri.

Menariknya, selain Bahasa Malaysia, Disney Channel turut menghasilkan semula lagu ini dalam Bahasa Indonesia dan dinyanyikan oleh Chilla Kiana.

Siri animasi Elena of Avalor, bakal menemui penonton pada 13 November ini, jam 11 pagi di Disney Channel.

Berlatarbelakangkan dunia fantasi Avalor yang penuh keajaiban, siri ini menceritakan kisah Elena, seorang remaja berani dan sukakan cabaran dan telah menyelamatkan kerajaannya daripada ahli sihir wanita yang jahat. 

Kini dia perlu belajar pula cara memerintah kerajaannya sebagai puteri raja sebelum dia boleh menjadi permaisuri. Fasa baharu dalam hidupnya ini mengajar Elena tentang nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin hebat iaitu bertimbang rasa, cekal dan berperikemanusiaan.

Suara Elizabeth Tan dalam Elena of Avalor Versi Bahasa Melayu Suara Elizabeth Tan dalam Elena of Avalor Versi Bahasa Melayu Reviewed by Unknown on 12:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.