Kini Janet Khoo muncul semula dalam drama rantaian yang semakin popular, Lara Aishah


SETELAH sekian lama tidak menyaksikan kelibatnya di kaca televisyen, akhirnya pelakon, Janet Khoo muncul semula dalam drama rantaian yang semakin popular, Lara Aishah.

Memegang watak Sharon di dalam drama tersebut, iaitu kawan baik kepada Zurin yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid, Janet akui agak rindu untuk berlakon, yang menjadi karier tetapnya selama 20 tahun.

“Saya masih menjalani sesi penggambaran drama ini dan berharap mendapat sambutan lebih ramai penontonnya,” katanya ketika dihubungi, baru- baru ini.

Walaupun sibuk dengan Lara Aishah, pelakon yang nama sebenarnya Janet Khoo Kheng Hoon sempat berlakon dalam telefilem Kau Tetap Mei Hua yang genrenya patriotik dan Psiko Pat yang bergenre thriller arahan sutradara terkenal, Fairuz Loy.

“Fairuz berjaya mencungkil bakat lakonan yang saya sendiri tidak jangka boleh lakukan," katanya.

“Misalnya di dalam Psiko Pat, saya terpaksa menjadi perempuan psiko, di sebalik sikap normal pada dirinya.

“Dari situ, Fairuz sentiasa mahu saya beraksi lebih dan saya terpaksa mengeluarkan segala pengalaman yang terbuku di dada,” ujarnya.

Walaupun penat melakonkan kedua-dua drama ini, Janet tetap gembira dan tidak sabar menonton hasil akhir naskhah ini.

Mahu cuba watak mencabar Dalam pada itu, Janet mengakui kini agak memilih watak demi portfolio kerjayanya.

Menurutnya, dia tidak meninggi diri sebaliknya ingin mencabar diri melakonkan watak yang belum pernah diterokainya.

Ditanya adakah dia akan menerima watak yang menampakkan sisi cantik sahaja, ia disangkal pelakon ini kerana baginya sebagai pelakon dia mahu watak mencabar demi menghidupkan jalan cerita.

“Saya tidak kisah untuk tidak nampak cantik di kaca televisyen atau layar perak. Janji, saya mencuba sesebuah watak yang tidak pernah saya cuba sebelum ini,” jelasnya.

Kini Janet Khoo muncul semula dalam drama rantaian yang semakin popular, Lara Aishah Kini Janet Khoo muncul semula dalam drama rantaian yang semakin popular, Lara Aishah Reviewed by Unknown on 11:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.