Akibat Masalah Cukai Tertunggak, Che Ta terpaksa hadir sendiri ke LHDN
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dilaporkan disekat daripada keluar negara buat sementara waktu ekoran masalah cukai tertunggak yang dihadapinya.
Oleh itu, sambutan hari lahir anaknya Aaisyah Dhia Rana,2, yang sepatutnya diadakan di London terpaksa dibatalkan. Justeru majlis hari lahir bayi popular tersebut hanya dilakukan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sahaja dalam majlis sederhana.
Selepas berita tersebut tersebar, Che Ta turut terkena tempias apabila dikatakan lari daripada menunaikan tanggungjawabnya dengan membayar cukai.
Jawab Che Ta, dia pun membayar cukai seperti orang lain tetapi ada tungakan. Dan jumlah yang perlu dibayar adalah besar nilainya dan dia tidak mampu untuk membayar secara sekali gus," katanya.
Rozita juga sudah membuat pertemuan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyelesaikan perkara ini.
Sumber : Berita Harian
Akibat Masalah Cukai Tertunggak, Che Ta terpaksa hadir sendiri ke LHDN
Reviewed by Unknown
on
10:04:00
Rating:
No comments: