[Terkini] Hafiz enggan beri sebarang komen isu batal kahwin dengan Fara Fauzana, akan keluar kenyataan dalam masa terdekat


PEMUDA yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Fara Fauzana, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut berhubung pembatalan perkahwinanya bersama selebriti itu.

Memetik BHOnline, Hafiz ketika dihubungi enggan memberi komen lanjut dan akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Setakat ini, saya tiada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata selama ini, dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Sumber : Sinarharian
[Terkini] Hafiz enggan beri sebarang komen isu batal kahwin dengan Fara Fauzana, akan keluar kenyataan dalam masa terdekat [Terkini] Hafiz enggan beri sebarang komen isu batal kahwin dengan Fara Fauzana, akan keluar kenyataan dalam masa terdekat Reviewed by Unknown on 22:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.