Penyanyi Baharu Natasha Sass Tidak Berminat Sertai Program Realiti, Lebih Suka Melangkah Sendiri
PETALING JAYA: Penyanyi baharu Natasha Sass tidak berminat untuk menyertai program realiti televisyen bagi mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
Natasha yang muncul dengan single pertama berjudul Hello Dunia ini yakin untuk menyusun langkah sendiri dalam industri nyanyian tanpa mengambil jalan mudah.
"Saya mula menyanyi sejak kecil kerana muzik sudah hobi saya dan peluang yang datang ini tidak akan disia-siakan.
"Saya juga yakin, tanpa perlu menyertai program realiti, saya mampu membina nama dengan cara tersendiri. Ia pula tentunya boleh dicapai dengan bantuan syarikat rakaman," ujarnya yang kini bernaung di bawah Universal Music Malaysia.
Natasha juga berharap kehadirannya dalam industri seni mendapat perhatian masyarakat.
Sementara itu, menurut Natasha single Hello Dunia merupakan ciptaan komposer Omar K bersesuaian dengan imejnya dengan genre pop, R&B dan balada.
"Saya dan Universal Music Malaysia mempunyai hala tuju yang sama terhadap penghasilan Hello Dunia. Keinginan tersebut kemudian direalisasikan oleh komposer berkaliber, Omar K.
"Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berunsur pop dan cathcy. Sewaktu memperbaiki lirik, datang pula idea untuk memasukkan unsur rap bagi menambah warna yang lebih menarik.
"Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini," ujar Natasha.
Tambah Natasha, ironinya ini merupakan percubaan keduanya untuk menulis sendiri lirik dalam bahasa Melayu.
Selain Bahasa Melayu dan Inggeris, Natasha juga boleh bertutur dan menyanyi dengan fasih dalam Bahasa Jerman

Sumber : Mstar
Penyanyi Baharu Natasha Sass Tidak Berminat Sertai Program Realiti, Lebih Suka Melangkah Sendiri
Reviewed by Unknown
on
22:16:00
Rating:
No comments: