Status Sebagai Ibu, Membuatkan Lisa Surihani Dapat Kelonggaran Masa Berlakon


PETALING JAYA: Aktres Lisa Surihani berasa lega apabila beberapa syarikat produksi mula menunjukkan sikap terbuka terhadap pelakon berstatus ibu sepertinya dalam memberi kelonggaran had masa bekerja di lokasi penggambaran.

Lisa, 30, berkata, perkembangan terbaharu itu juga sedikit sebanyak memberi ruang kepada ibu baharu sepertinya untuk meluangkan masa bersama anak pada masa sama masih boleh berlakon seperti biasa.

"Saya rindu untuk kembali berlakon tetapi saya pendamkan hasrat itu kerana anak adalah keutamaan saya dan menyedari komitmen sebagai pelakon kadang-kala menuntut masa sehingga 24 jam di lokasi penggambaran.

"Bagaimanapun syarikat produksi mula bersikap terbuka terhadap pelakon dengan status ibu seperti saya dan boleh memberi kelonggaran berhubung tempoh bekerja.

"Untuk tawaran sebelum ini saya bertanya dahulu sama ada boleh penggambaran itu dilakukan dalam waktu tertentu dan Alhamdulillah atas budi bicara kedua-dua pihak ia sebenarnya boleh dilakukan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Lisa berkata, dia berharap perkara itu dapat diteruskan lebih banyak produksi namun atas perbincangan kedua-dua belah pihak.

Kata Lisa, dengan kelonggaran itu, ibu bekerja sebenarnya dapat memudahkan penyediaan jadual dan pengurusan masa di antara kerjaya dan keluarga.

"Penggambaran bukan satu perkara mudah dan ia memakan masa panjang tetapi Insya-Allah dengan adanya kelonggaran ini ia dapat membantu pelakon seperti saya menguruskan jadual lebih baik.

"Pun begitu sebagai pelakon kita juga perlu bertolak ansur dengan penerbit agar ia seimbang dan tidak hanya memudahkan sebelah pihak.

"Sebab itu pentingnya komunikasi dan perbincangan dalam memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Lisa berkata, dia sedang merancang beberapa projek selain akan kembali berlakon namun enggan mendedahkan butiran mengenainya buat masa ini.

Kata Lisa, selain berlakon, dia juga mengintai peluang untuk bergelar pengacara dalam mengembangkan lagi karier seninya.

"Banyak perkara yang ingin saya lakukan namun saya juga tidak terburu-buru kerana keutamaan saya kini adalah suami dan anak.

"Alhamdulillah syarikat pengurusan juga memahami situasi saya tetapi telah merangka pelbagai perkara menarik untuk karier saya," ujarnya.

Sumber
Status Sebagai Ibu, Membuatkan Lisa Surihani Dapat Kelonggaran Masa Berlakon Status Sebagai Ibu, Membuatkan Lisa Surihani Dapat Kelonggaran Masa Berlakon Reviewed by Unknown on 10:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.