Minyak Masak Subsidi Ditarik Balik, Hanya Paket 1kg Kekal Pada RM 2.50


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media pada 26 Oktober 2016 telah mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak


Berikutan pengumuman berkenaan harga minyak masak di Malaysia dalam botol atau paket melebihi 1kg akan mengikut harga pasaran manakala harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 ia berkuatkuasa mulai tarikh 1 November 2016
Untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu
Bagi minyak masak lain pula, (minyak masak dalam botol atau paket melebihi 1kg) harganya akan mengikut harga pasaran sekali gus kerajaan dapat mengelak daripada menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses)
Langkah ini juga adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran
SENARAI HARGA MINYAK MASAK MALAYSIA 2016 TERKINI
BulanMinyak MasakHarga
NovemberPaket (1kg sahaja)2.50
Paket / Botol Melebihi 1kgMengikut Harga Pasaran
DisemberPaket (1kg sahaja)2.50
Paket / Botol Melebihi 1kgMengikut Harga Pasaran

Minyak Masak Subsidi Ditarik Balik, Hanya Paket 1kg Kekal Pada RM 2.50 Minyak Masak Subsidi Ditarik Balik, Hanya Paket 1kg Kekal Pada RM 2.50 Reviewed by Unknown on 10:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.