Dalam Ucapan Bajet 2017: Nasi Lemak Anak Dara meniti di bibir PM
KUALA LUMPUR - Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan Siti Hajjar Ahmad, 24, meniti di bibir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ucapan pembukaan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai kepelbagaian makanan tempatan yang terdapat di negara ini.
"Saya ambil contoh makanan yang sedap dengan harga yang boleh tahan.
"Sebagai contoh, Nasi Kandar Vanggey. Dan terkini pula, saya dapat tahu tentang Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda universiti tempatan," katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut menasihatkan masyarakat supaya berjimat cermat dan tidak makan di restoran yang mahal.
"Masih ada banyak restoran murah di negara ini dengan makanan yang sedap," katanya lagi.
Najib hari ini membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.'
Najib, yang juga Menteri Kewangan, tiba di pekarangan Dewan Rakyat kira-kira jam 4 petang dengan memakai baju Melayu merah jambu sambil memegang beg berwarna hitam berisi laporan bajet berkenaan.
Laporan pembentangan bajet tersebut yang ditunggu-tunggu demi rancangan pembangunan negara dan rakyat pada tahun depan itu juga disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan untuk dimanfaatkan segenap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.
Dalam Ucapan Bajet 2017: Nasi Lemak Anak Dara meniti di bibir PM
Reviewed by Unknown
on
08:38:00
Rating:
No comments: