Tasha Mansahar Mengajar Bahasa Inggeris Guna Pendekatan Nyanyian


PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Mansahar memberitahu sebagai guru dia mengambil  pendekatan menggunakan teknik nyanyian dalam mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris kepada anak-anak muridnya. 

Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasya Mohd Manshahar, 23, yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Melaka, mengakui cara tersebut lebih berkesan dan mudah diterima oleh pelajar di sekolah berkenaan. 

"Sekolah tempat saya mengajar tidak ada guru muzik, jadi saya ambil peluang itu untuk mengajar mereka bahasa Inggeris dengan cara nyanyian. 

"Saya lihat mereka lebih mudah terima dan  lebih berminat serta seronok untuk belajar," ujarnya kepada mStar Online. 

Tasha berkata dia turut membawa gitar dan piano ke sekolah. Dalam pada itu, penyanyi lagu Ragu-Ragu ini berkata, dia sentiasa bersikap tegas dan garang ketika berada di sekolah. Bagaimanapun, Tasha berkata, masih ada anak-anak muridnya yang meminta tandatangan setiap kali habis waktu belajar. 

"Saya buang status sebagai artis dan bersikap tegas dengan anak-anak murid saya. Saya mahu mereka menghormati saya sebagai seorang guru dan bukan artis," ujarnya. 

Sementara itu, bercerita tentang laman sosial, dia mengambil langkah berjaga-jaga apabila ingin memuat naik foto dan status agar tidak menjejaskan kerjayanya sebagai seorang guru. 

"Saya selalu akan berfikir panjang sebelum memuat naik status atau gambar kerana jika silap ia akan memberi kesan buruk kepada saya sendiri," ujarnya. 

Sumber
Tasha Mansahar Mengajar Bahasa Inggeris Guna Pendekatan Nyanyian Tasha Mansahar Mengajar Bahasa Inggeris Guna Pendekatan Nyanyian Reviewed by Unknown on 08:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.