(TAHNIAH) Ana Dahlia Selamat Bergelar Isteri Kepada Mohd Ashraf Jurey
Hanya dengan sekali lafaz pelakon Ana Dahlia sudah sah bergelar isteri kepada Mohd Ashraf Jurey dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Perdana, Taiping semalam.
Ana telah menerima mas kahwin berjumlah RM1000 dan menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan tujuh. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah hantaran perkahwinan kepada umum.
Ana dan Ashraf dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Roziman Tajuddin tepat pukul 10.48 pagi. Majlis tersebut cukup sederhana tetapi agak meriah dengan kehadiran kedua-dua belah ahli keluarga dan kenalan rapat Ana dan Ashraf.
Ketika ditemui pihak media, Ana meluahkan rasa syukur kerana majlis raja sehari beliau berjalan dengan lancar dan berharap agar perkahwinan beliau kali ketiga ini akan kekal sehingga akhir hayat.
Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar. Mohd. Ashraf pernah berkahwin, saya juga begitu dan seperti mana pasangan lain kami juga ingin bahagia dan berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.Yang penting kami akan cuba perbaiki mana yang kurang dan lebih memahami antara satu sama lain. Perkara yang lepas biarlah berlalu.
Tahniah kami ucapkan kepada Ana Dahlia dan Mohd Ashraf semoga kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin..
Jom layan beberapa lagi foto sekitar akad nikah dan majlis persandingan Ana Dahlia dan Mohd Ashraf dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sumber Berita : Utusan Online
(TAHNIAH) Ana Dahlia Selamat Bergelar Isteri Kepada Mohd Ashraf Jurey
Reviewed by Unknown
on
08:05:00
Rating:
No comments: