Syatilla Sedang Belajar Memasak, Masih Belum Berhasrat Tinggalkan Dunia Seni
PETALING JAYA: Tujuh bulan berehat, pelakon Syatilla Melvin memberitahu dia belum berhasrat untuk berhenti secara drastik daripada industri lakonan selepas berumah tangga dengan aktor Shaheizy Sam.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 25, bagaimanapun berkata, dia mula perlahankan kerjaya lakonanya bagi menumpukan perhatian terhadap rumah tangga yang baharu tujuh bulan dibina itu.
"Sejak berkahwin Februari lalu saya masih berehat lagi, bukan kerana Sam tidak beri saya berlakon, dia pun faham kalau saya nak meninggalkan industri, ia perlu ambil masa kerana akan ada fasa rindu.
"Cuma saya akui akan memperlahankan kerjaya lakonan selepas ini," ujarnya kepada mStar Online.
Pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari lalu di Pulau Pinang.
Bercerita tentang kehidupannya sejak bergelar isteri, aktres Surah Buat Maisarah ini berkata, banyak perkara baharu yang dilalui dalam mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Tambahnya, salah satunya ialah dia banyak belajar masak makanan kegemaran Shaheizy daripada ibu mertuanya Khaty Fauziah.
"Kalau nak diikutkan banyak perkara baru yang saya belajar selepas berkahwin, boleh dikatakan ia adalah proses kami untuk lebih mengenali antara satu saya lain.
"Selain itu, saya juga habiskan masa terluang untuk belajar masak makanan kegemaran Sam iaitu asam pedas daripada mummy," ujarnya.
Sementara itu, bercakap tentang cahaya mata, Syatilla berkata, dia dan suaminya masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat.
Bagaimanapun, Syatilla berkata, dia dan suaminya sudah bersedia jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.
"Kalau boleh memang nak cepat dapat anak, tapi Allah lebih mengetahui tentang rezeki itu.
"Insya-Allah kalau tiada tahun ini, kami harap tahun depan. Kalau ada berita gembira itu saya akan kongsi dengan semua," ujarnya.
Syatilla Sedang Belajar Memasak, Masih Belum Berhasrat Tinggalkan Dunia Seni
Reviewed by Unknown
on
21:12:00
Rating:
No comments: