Rakan Artis Tidak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Mohon Maaf
PETALING JAYA: Pelakon Saharul Ridzwan meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinannya pada minggu lalu berikutan kekhilafannya yang mungkin terlepas pandang.
"Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner).
"Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang," ujarnya kepada mStar Onlineyang baharu sahaja tiba di Singapura untuk berbulan madu.
Saharul diminta mengulas tentang kenyataan Mia Ahmad yang mendakwa tidak dijemput ke majlis perkahwinannya berlangsung minggu lalu.
Mia menerusi kenyataannya di sebuah portal berita menafikan mempunyai masalah peribadi apabila tidak hadir ke majlis perkahwinan pelakon berkenaan.
Aktres itu menjelaskan, alasan kukuh dia tidak hadir kerana tidak mendapat sebarang jemputan daripada pihak pengantin seperti rakan-rakan artis lain.
Mia dan Saharul pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta selepas bergandingan dalam drama popular Hati Perempuan tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua pihak menafikan perkara tersebut dan menganggap hubungan mereka sekadar sahabat baik.
Saharul selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya Qaabila Deena Emir pada 16 September lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
Pasangan ini kemudian mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan iaitu di Dewan Sri Siantan Putrajaya dan bersama peminat dan rakan artis di Hotel Blue Wave, Shah Alam.
Antara rakan artis yang turut hadir pada malis berkenaan ialah, Janna Nick, Sheila Rusly, Emma Maembong, Dayana Roza dan Mira Filzah.
Sumber
Rakan Artis Tidak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Mohon Maaf
Reviewed by Unknown
on
08:00:00
Rating:
No comments: