Cili termahal di dunia boleh cecah RM140,000 sekilo


VIENNA – AUSTRIA. Cili termahal di dunia kini mula dituai oleh petani daripada kampung Frauenkirchen, di Austria.
Diberi nama Charapita, cili ini tidak boleh dimakan ketika ia masih segar kerana rasanya yang terlalu pedas.
Oleh itu, kebiasaannya Charapita akan diproses menjadi cili kering.
“Cili ini sangat unik kerana memerlukan iklim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur,” katanya seperti yang dipetik menerusi presstv.com.
Charapita dikatakan rempah yang meraih populariti dalam masa singkat.
Ini kerana rasanya yang berbeza daripada cili biasa atau cili yang pernah ditemui sebelum ini.
Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpulan rempah yang paling mahal di dunia dan dijual dengan harga bermula AS$25,000 (RM103,148.75) hingga AS$34,000 (RM140,250) untuk sekilogram.
Cili yang dihasilkan menjadi rempah ini mendapat permintaan luar biasa dalam kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah. – Sinar
Cili termahal di dunia boleh cecah RM140,000 sekilo Cili termahal di dunia boleh cecah RM140,000 sekilo Reviewed by Unknown on 08:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.