NGO Dakwa Filem 'Pekak' Menjatuhkan Maruah OKU, Tidak Gambarkan Realiti Sebenar
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hear Me membantah tayangan filemPekak arahan Mohd Khairul Azri Md Noor yang mula ditayangkan di pawagam sejak 1 Saptember lalu.
Presidennya, Norziba Fazlina Abdul Ghani turut meminta penerbit filem memohon maaf secara terbuka kerana dianggap telah memalukan dan menjatuhkan maruah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
"Filem ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak termasuk ahli persatuan kami yang rata-rata mempunyai anak yang menghadapi masalah pendengaran."Pada pendapat kami ia adalah sangat tidak sesuai untuk ditayangkan berikutan penuhi dengan adegan-adegan yang tidak bermoral seperti dadah, mencuri, pergaulan bebas, keganasan dan rokok seolah-olah memperlekehkan kedudukan dan masruah golongan OKU," ujarnya menerusi satu kenyataan kepada mStar Online.
Tambah Norziba, realiti sebenar majoriti kehidupan OKU pendengaran adalah jauh berbeza daripada apa yang ditayangkan di dalam filem ini.
Katanya, jalan cerita pada filem tersebut tidak membantu untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan kepada pihak penonton tentang isu masalah pendengaran secara khusus.
"Untuk pengetahuan pihak umum, persatuan Hear Me mengumpulkan ibubapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran dan majoriti daripada anak-anak kami samada memakai alat bantuan pendengaran (Hearing Aids) atau implan koklea (seperti watak yang dimainkan oleh pelakon Zahiril.
Malangnya, informasi berkenaan dengan implan koklea dan juga jalan cerita yang digunakan dalam filem ini adalah kurang tepat dengan fakta dan realiti serta tidak membantu dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran pihak penonton tentang isu masalah pendengaran dan secara khususnya implan koklea," ujarnya.
Jelasnya lagi, filem berkenaan juga hanya membuatkan masyarakat memandang serong terhadap golongan OKU seterusnya menggangu emosi mereka yang berada dalam keadaan kekurangan.

"Kehidupan sebagai seorang OKU Pendengaran sudahpun sedia penuh dengan cabaran dan dugaan menghadapi masyarakat Malaysia yang masih lagi kurang pendedahan terhadap keadaan dan situasi mereka. Tidak perlulah pihak penerbitan filem membantu untuk menambahkan lagi masalah kepada mereka," ujarnya.
Filem Pekak lakonan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar mula ditayangkan pada 1 September 2016.
Terdahulu filem terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Picture ini diharamkan tayangannya di negara Brunei kerana tidak mengandungi unsur pendidikan dan boleh memberi pengaruh tidak baik.
Terdahulu filem terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Picture ini diharamkan tayangannya di negara Brunei kerana tidak mengandungi unsur pendidikan dan boleh memberi pengaruh tidak baik.
NGO Dakwa Filem 'Pekak' Menjatuhkan Maruah OKU, Tidak Gambarkan Realiti Sebenar
Reviewed by Unknown
on
07:04:00
Rating:
No comments: