Kritikan dan gosip yang menghimpit diri penyanyi Elizabeth Tan menjadi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan single ketiga berjudul Tabah


PETALING JAYA: Kritikan dan gosip yang menghimpit diri penyanyi Elizabeth Tan menjadi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan single ketiga berjudul Tabah. 

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy,23, berkata, pengalaman yang dilalui sejak dia tahun bergelar selebriti menjadikan dirinya lebih tabah daripada dahulu. 

"Lagu Tabah bukan sebab putus cinta tetapi tentang diri saya yang pernah dihentam dengan pelbagai perkara sejak barada dalam industri. 

"Banyak sangat gosip negatif yang tuduh saya gatal, curi suami orang dan tidak boleh menyanyi yang menganggu mental saya. Sekarang boleh saya katakan mental saya yang lebih tabah selepas melalui semua itu," ujarnya. 

Elizabeth ditemui pada majlis pelancaran video muzik single ketiganya berjudul Tabah di Njoy Cafe, di sini, Rabu. 

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock ini berkata, dia lebih matang dalam mengawal kritikan dan melihat daripada sudut positif. 

"Sekarang saya melihat kritikan dan hentaman yang datang dengan cara matang, kalau ia benar dan membina saya ambil unuk perbaiki pada masa akan datang. 

"Jika sekadar untuk menyakitkan hati sahaja, saya tidak akan layan dan buat tidak tahu," ujarnya. 

Tambah Elizabeth, dia juga akan mengambil beberapa kelas latihan termasuk vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya. 

Selain itu, katanya, dia turut mengambil kelas lakonan dan Bahasa Indonesia untuk menceburi cabang kerjaya lain dalam industri. 

"Saya ada beberapa perancangan untuk meningkatkan kerjaya, saya akan mula masuk kelas vokal, kelas lakonan dan kelas bahasa Indonesia. 

"Saya ambil kelas bahasa Indonesia supaya senang untuk kerjaya saya di negara jiran itu dan saya nampak peluang menembusi pasaran Indonesia juga luas," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Elizabeth juga bakal terlibat dalam dunia lakonan dan muncul dalam sebuah filem dan drama tidak lama lagi. 

Sumber
Kritikan dan gosip yang menghimpit diri penyanyi Elizabeth Tan menjadi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan single ketiga berjudul Tabah  Kritikan dan gosip yang menghimpit diri penyanyi Elizabeth Tan menjadi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan single ketiga berjudul Tabah Reviewed by Unknown on 06:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.