ISU TAYANG BADAN DI INSTAGRAM, PELAKON RAJA AFIQ TERUK DIKECAM NETIZEN


PELAKON Raja Afiq, 22, mengakui menerima kritikan apabila memuat naik gambarnya di gimnasium kerana dianggap tidak bersesuaian dengan watak ustaz yang dibawa dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Menurut Raja Afiq, peminatnya di laman sosial menganggap gambar-gambar tersebut tidak sesuai dan mendedahkan auratnya sebagai seorang lelaki.
“Ramai yang mahu saya menjaga penampilan seperti dalam drama iaitu sebagai seorang ustaz yang baik.
“Mereka menegur gambar-gambar saya di Instagram ketika di gim sebagai tidak sopan dan tidak menutup aurat.
“Mereka kata gambar-gambar saya bertentangan dengan watak ustaz yang dibawa dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, sebagai seorang yang beragama Islam, dia mengetahui batasan aurat seorang lelaki yang tidak boleh didedahkan kepada umum.
“Kebiasaannya, saya muat naik gambar memakai singlet. Saya juga tahu dari mana sampai mana aurat lelaki dan saya muat naik gambar yang tidak mendedahkan aurat pun.
“Walaupun menerima kritikan, saya lebih suka berdiam diri dan saya rasa ia tidak salah. Lainlah kalau saya ke pusat hiburan malam-malam,” katanya. 
Credit -MYNEWSHUB.CC
ISU TAYANG BADAN DI INSTAGRAM, PELAKON RAJA AFIQ TERUK DIKECAM NETIZEN ISU TAYANG BADAN DI INSTAGRAM, PELAKON RAJA AFIQ TERUK DIKECAM NETIZEN Reviewed by Unknown on 13:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.