AF 2016 : Zizan Razak Tidak Kisah Ramai Puji Alif Satar


AF2016 telah pun bermula dan kali ini Alif Satar digandingkan sebagai pengacara bersama Zizan Razak. Meskipun baru pertama kali mengacarakan program berkenaan, ramai yang memuji Alif dan mengatakan cara beliau menjadi pengacara adalah lebih baik berbanding Zizan yang sudah empat musim bersama AF.

Walaubagaimanapun, Zizan nampaknya tidak cepat melatah dan mengambil setiap kritikan itu dari sudut yang positif. Tambah Zizan, beliau akan cuba memperbaiki kelemahan beliau.

Setiap pengacara ada kelebihan dan cara mereka sendiri ketika mengendalikan program. Begitu juga saya dan Alif. Walaupun baru kali pertama bergandingan, kami tiada masalah untuk mendapat keserasian di pentas AF. Saya juga akan memperbaiki kelemahan sedia ada dan berusaha memberikan komitmen terbaik pada AF.
Berbicara mengenai kerjayanya, Zizan memberitahu kontrak beliau bersama Astro akan tamat pada tahun hadapan dan ia masih lagi menjadi tanya tanya adakah kontrak beliau akan bersambung ataupun tidak.  Zizan juga sedang sibuk dengan projek filem Polis Evo 2.
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam  mengacarakan sesuatu program, mungkin Alif Satar mempunyai auranya tersendiri tetapi Zizan juga mempunyai kualitinya tersendiri. Kita lihat sahaja mungkin ada pembaharuan yang akan dilakukan oleh Zizan.
Sumber Berita : Harian Metro
AF 2016 : Zizan Razak Tidak Kisah Ramai Puji Alif Satar AF 2016 : Zizan Razak Tidak Kisah Ramai Puji Alif Satar Reviewed by Unknown on 08:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.