'Stroller' menjadi punca 361,000 bayi masuk wad


OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Terjatuh dari kereta sorong bayi atau 'stroller' disahkan sebagai punca utama 361,000 bayi cedera di Amerika Syarikat untuk tempoh 21 tahun.

Menurut laporan CNN, statistik tersebut dikeluarkan dalam penyelidikan terbaru dalam jurnal Academic Pediatrics yang dikeluarkan semalam.

Hampir 62 peratus kecederaan kepala dan 25 peratus kecederaan di bahagian muka dikaitkan dengan stroller.

Lain-lain adalah kecederaan kecil seperti lebam-lebam di bahagian badan yang tertentu.

Bayi dan kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah mempunyai peratusan tinggi mengalami kecederaan berkaitan stroller pada tahun 1990 sehingga 2010.

Secara purata, 17,187 bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kecederaan berkaitan stoller setiap tahun di Amerika Syarikat.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 42 peratus kecederaan dialami oleh mereka yang berusia kurang 12 bulan.

40 peratus dari jumlah mangsa juga mengalami kecederaan tisu lembut, dan 15 peratus mengalami kecederaan trauma otak dan gegaran otak.

Kecederaan pada bahagian otak, ringan atau kronik sekalipun mampu menggugat tumbesaran dan pembelajaran si kecil.

Penyelidik yang mengumpul data-data berkenaan, Kristin Roberts bagaimanapun jumlah dan peratusan kecederaan berkemungkinan lebih tinggi kerana penyelidikan beliau tidak mengambil kira kes-kes di wad kecemasan hospital swasta dan klinik persendirian.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengguna Amerika Syarikat, Elliot Kaye menggesa ibu bapa sentiasa menggunakan stoller keluaran terbaru.

"Lagi baru lagi bagus," kata Elliot.

Elliot berkata, stroller yang dikeluarkan mempunyai kewajipan untuk mematuhi standard mandatori 2015 yang mampu mengurangkan kecederaan berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak terjatuh dari peralatan tersebut.

"Pastikan stroller anda adalah sesuai dengan saiz bayi dan kanak-kanak anda.

"Kami juga menggesa ibu-bapa supaya membaca manual penggunaan stroller dan menjaganya dengan baik. Jangan biarkan bayi-atau kanak-kanak bermain berdekatan stroller," kata penulis buku 'The Safe Baby', Debra Holtzman.

Debra juga menggalakkan ibu bapa membuat penyelidikan sendiri di internet sebelum membeli stroller dan membaca laporan insident berkaitan stroller di laman kerajaan saferproducts.gov.
'Stroller' menjadi punca 361,000 bayi masuk wad 'Stroller' menjadi punca 361,000 bayi masuk wad Reviewed by Unknown on 10:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.