Isteri Tikam Suami Ditahan


SEREMBAN:  Pihak polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai menikam suaminya hingga tidak sedarkan diri. 

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata wanita terbabit yang berusia 30 tahun dan mempunyai dua orang anak ditahan di rumahnya. 

"Mangsa yang berusia 33 tahun dikatakan berselisih faham dan bertengkar dengan isterinya sebelum dia ditikam di perut sebelah kiri. 

"Mangsa kini berada dalam pemerhatian doktor dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Jaafar," katanya. 

Beliau berkata sebilah pisau kira-kira 25 sentimeter yang dipercayai digunakan si isteri berkenaan turut dirampas. 

"Pisau yang digunakan telah dibasuh bersih selepas kejadian," katanya. 

Kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan parah. -Bernama
Isteri Tikam Suami Ditahan Isteri Tikam Suami Ditahan Reviewed by Unknown on 08:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.