Hull City Malukan Leicester 2-1 Aksi Pembukaan EPL


HULL City membuat kejutan pada aksi pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menang 2-1 ke atas juara bertahan Leicester City di Stadium KC, Sabtu malam.

Hull yang memulakan musim baharu liga ini dengan hanya 13 orang pemain cergas tampil menunjukkan persembahan luar biasa melayan aksi The Foxes

Malah pemain-pemain tuan rumah beraksi tanpa bimbingan pengurus selepas Steve Bruce meninggalkan kelab 22 Julai lalu berikutan hubungan tegang bersama pemilik kelab Assem Allams.

Adama Diomande berjaya membuka jaringan awal sebelum tamat separuh masa pertama di hadapan sendiri.

Bagaimana pun skuad Claudio Ranieri berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas babak kedua bersambung menerusi sepakan penalti oleh Riyad Mahrez.

Biarpun memulakan kempen musim ini dengan penuh sederhana, pemain-pemain Hull tidak mempedulikan gelaran juara yang disandang pasukan lawan musim lalu dan terus memberi tekanan serta gerakan sukar kepada Leicester City.

Mereka penuh yakin untuk mencatat kemenangan bermakna pertama musim ini selepas menang dalam aksi play-off Liga Kejuaraan Inggeris musim lalu untuk mara ke saingan liga utama ini tanpa kehadiran status bintang setelah Allams tidak mempunyai peruntukan untuk membeli pemain-pemain baharu.

Gol kedua Hull yang diledak oleh Robert Snodgrass pada minit ke-56 kekal sehingga minit akhir perlawanan.

Senarai pemain:


Hull City
: Jakupovic, Elmohamady, Davies, Livermore , Robertson , Huddlestone, Snodgrass , Meyler, Clucas , Hernandez , Diomande .

Leicester City: Schmeichel , Simpson , Hernandez , Morgan , Fuchs , Mahrez , King , Drinkwater , Gray , Musa , Vardy . (Simpanan): Amartey , Okazaki , Ulloa .
Hull City Malukan Leicester 2-1 Aksi Pembukaan EPL Hull City Malukan Leicester 2-1 Aksi Pembukaan EPL Reviewed by Unknown on 09:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.