'Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lalu' – Ibu Mangsa


Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain.

Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.
“Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.
“Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah,” katanya.
Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.
'Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lalu' – Ibu Mangsa 'Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lalu' – Ibu Mangsa Reviewed by Unknown on 20:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.