Syanie kahwin 1 Mac 2014?
PELAKON, Syanie dikhabarkan memilih 1 Mac akan datang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangya, Nadi Putera Mohd Zainol.
Pasangan ini bertunang pada hari raya Aidilfitri lalu.
"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014.
“Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," kata Syanie yang dipetik sebuah portal hiburan.
Syanie menegaskan tidak berniat untuk mencari suami yang lebih muda daripadanya.
"Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya.
“Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera senang dibawa berbincang," katanya.
Perkahwinan ini menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan Putera.
Sumber
Syanie kahwin 1 Mac 2014?
Reviewed by Unknown
on
08:12:00
Rating:
No comments: