Apakah Perkara Pertama Dibuat Fizo Selepas Jadi Suami Mawar?
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana mereka berdua tidak pernah bercinta.
"Perkara pertama ialah kami duduk berbincang tentang peranan masing-masing, Mawar tiada abang jadi saya sebagai suami dan abang buatnya perlu duduk berbincang dalam banyak hal sebelum sesuatu perkara itu dipersetujui.
"Lagi pula masa ini adalah proses kami untuk mencari keserasian dan mengenali hati budi masing-masing,"ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Fizo dan Mawar selamat bernikah pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, Kajang kira-kira pukul 9.30 pagi.
Tambah Fizo, perasaan yang dirasakannya selepas tiga hari menjadi suami ialah lebih tenang berbanding kehidupan bujang sebelum ini.
"Kehidupan yang sangat berbeza yang mana saya rasa lebih tenang sekarang sebagai suami. Secara jujurnya saya bahagia dan teruja untuk melayari kehidupan mendatang sebagai sebuah keluarga," ujarnya.
Fizo berkata, mereka bakal berpindah ke rumah baharu yang terletak di Country Height, Kajang dan Fizo akan membawa bersama ibu dan adik perempuannya.
"Rumah dah siap dan kami akan pindah dalam masa terdekat ke rumah baru. Buat masa sekarang kami masih tinggal secara bergilir-gilir di rumah ibu mertua masing-masing.
"Ibu dan adik akan tinggal bersama saya kerana mereka adalah tanggungjawab saya sampai mati," katanya.
Sementara itu, Fizo berkata dia dan isteri akan berbulan madu ke Eropah pada Disember ini selama tiga minggu.
Mereka akan menjelajah ke beberapa buah negara di benua itu seperti London, Paris, Itali dan Belanda.
Apakah Perkara Pertama Dibuat Fizo Selepas Jadi Suami Mawar?
Reviewed by Unknown
on
08:25:00
Rating:
No comments: