Nurul selamat melahirkan bayi lelaki bergelar 'Z'


TAHNIAH! Penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Nurul Huda Abdul Wahab atau Nurul, 31 telah selamat melahirkan bayi  lelaki yang digelarnya sebagai "Z" pada jam 10.28 pagi, hari ini.

Nurul yang dipetik di laman blognya, menyatakan bayinya itu dilahirkan secara normal dan seberat 3.03 kilogram.

Menurutnya, yang telah menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp pada Jun tahun lalu, pengalaman kedua melahirkan bayi itu terasa mudah.

"Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan bayi ‘Z’ jam 10.28 pagi tadi.

"Bayi sihat dan begitu juga aku. "... Aku sakit tak lama, bermula jam 10.30 malam, semalam, 1 jam sekali sakitnya, jam 3 pagi langsung ke hospital.

"Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku," katanya yang sempat menulis berita itu, selepas melahirkan bayinya pagi tadi.

Bagaimanapun buat masa ini Nurul masih belum ingin mengumumkan siapakah nama sebenar bayi lelakinya.

Untuk makluman, bayi ini merupakan anak pertama hasil daripada perkahwinan Nurul dan Eric Deep.

Sebelum ini, Nurul pernah mempunyai seorang anak, Ayu Nazirah, 15, bersama hasil perkahwinannya dengan Mohd Faizal Maas atau Ajai.

JAMILAH HAMZAH
Sumber : Sinarharian
Nurul selamat melahirkan bayi lelaki bergelar 'Z' Nurul selamat melahirkan bayi lelaki bergelar 'Z' Reviewed by Unknown on 08:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.