Fauzi Nawawi: Hentikan fitnah murahan itu!
“HENTIKANLAH cerita macam ni. Ia fitnah murahan! Kalau nak buat cerita, biarlah ada unsur kebenaran. Jangan sewenang-wenangnya mencalarkan kredibiliti orang lain.
Saya hairan bagaimana cerita ini boleh timbul. Sedangkan Noni itu adalah anak didik saya,” begitulah luahan pelakon Fauzi Nawawi berhubung kontroversi skandal yang mengaitkan dirinya bersama dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) itu.
Tegas Fauzi, sekiranya perkara ini menjejaskan karier dan perniagaannya, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya akan ambil tindakan sekiranya ia menjatuhkan periuk nasi saya. Walaupun saya sedar tidak perlu melatah, namun ia mengaitkan maruah saya dan keluarga.
“Bayangkanlah Noni dah ada teman lelaki dan dia sangat bahagia dengan kehidupannya, takkanlah ada skandal dengan saya pula. Mana saya nak letak maruah saya depan teman lelakinya dan keluarga saya?
“Umur saya dah mencecah 40 tahun, kenapa saya nak buat seluruh keluarga sedih terutama isteri saya," katanya.
Pelakon utama filem Orang Minyak ini pernah bekerjasama bersama Noni menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang dan turut terlibat dalam promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat perkongsian bersama isterinya, Lisdawati iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd.
Sementara itu, dia turut menegaskan tidak memilih mana-mana orang yang mahu berguru dengannya dan tidak meminta duit untuk memasuki kelas atau sebagainya.
“Saya tidak memaksa dan meminta atau mengenakan sebarang yuran untuk menimba pengalaman lakonan daripada saya. Apa yang penting mereka mahu belajar," katanya.
Sumber
Fauzi Nawawi: Hentikan fitnah murahan itu!
Reviewed by Unknown
on
06:59:00
Rating:
No comments: