Saiful Apek sekali lagi dibebaskan dari tuduhan dadah


PETALING JAYA - Pelawak terkenal, Saiful Apek gembira dan bersyukur selepas dirinya dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan mengambil ganja, tiga tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid turut membuat keputusan serupa terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff bersama rakan lain didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Dakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. - KOSMO!
Saiful Apek sekali lagi dibebaskan dari tuduhan dadah Saiful Apek sekali lagi dibebaskan dari tuduhan dadah Reviewed by Unknown on 16:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.