Inilah Punca Mengapa Adam AF2 Melamar Fiza Elite


Penyanyi dan pelakon terkenal, Mohd Aizam Mat Saman ataupun lebih mesra disapa Adam AF mendedahkan dirinya telah jatuh cinta pandang pertama dengan bekas ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.

Hatinya sudah terpaut dan Adam tidak menunggu lama untuk meluahkan hasrat untuk memperisterikan Fiza hanya selepas pertemuan kali kedua.

Selepas melihat gambar profil Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab.

“Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza.

“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” kata Adam AF.

Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite.

Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut. Pasangan ini bakal bernikah esok.

Sumber
Inilah Punca Mengapa Adam AF2 Melamar Fiza Elite Inilah Punca Mengapa Adam AF2 Melamar Fiza Elite Reviewed by Unknown on 16:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.