Amar, Amyra bergaya sedondon pada majlis berinai mereka


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon popular, Amyra Rosli dan Amar Baharin memilih tema Melayu Klasik untuk majlis berinai mereka yang berlangsung di kediaman keluarga bakal pengantin perempuan, di sini, semalam.

Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah itu, pasangan berkenaan mengenakan pakaian berwarna sedondon, iaitu rona hijau.

Amar segak menggayakan baju Melayu potongan Teluk Belanga manakala Amyra pula kelihatan cukup anggun dalam busana kurung moden lengkap dengan layah berkonsepkan songket.

Esok, Amar dan Amyra akan diijabkabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, sekitar jam 4 petang. Pasangan terbabit kemudiannya akan diraikan dalam majlis persandingan bertemakan Black Glam di lokasi sama pada Sabtu ini, jam 7.30 malam.

Seminggu kemudian, pelakon drama bersiri Cik Bunga dan Encik Sombong ini akan diraikan pula dalam sebuah lagi majlis oleh pihak lelaki di Ampang, Selangor. Acara menyambut menantu itu bakal diadakan dengan bertemakan Tradisional.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 25, bertunang dengan Amar atau Amar Mohd Baharin, 31, pada 22 Julai lalu dalam majlis tertutup selepas lebih setahun bercinta.

Sumber
Amar, Amyra bergaya sedondon pada majlis berinai mereka Amar, Amyra bergaya sedondon pada majlis berinai mereka Reviewed by Unknown on 10:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.