Setelah tampil dengan Single Terbaru Biar, Kini Najwa Latif berhasrat ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Najwa Latif, 21, merancang menyambung pengajian dalam bidang Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di luar negara, tahun depan.
Najwa atau nama penuhnya, Imratul Najwa Abdul Latif, memberitahu beliau sudah menghantar beberapa permohonan dan menunggu jawapan daripada universiti pilihan. "Saya tak tahu lagi ke mana hendak dituju.
Setakat ini, saya sudah menghantar permohonan di beberapa tempat... Tunggu saja keputusannya. "Lagipun saya perlu menghabiskan semester terakhir dalam bidang Sarjana Muda Bahasa Inggeris di Universiti Antarabangsa UNITAR sebelum menyambung pengajian ke peringkat seterusnya," katanya kepada BH Online.
Mengenai kariernya, selepas sembilan bulan menyepi bagi memberi fokus kepada pengajian, Najwa tampil dengan single ke-12 berjudul Biar.
Najwa berkata, lagu ciptaan bersama kakaknya, Ika, dihasilkan dalam acuan moden dan segar, selari dengan aliran muzik semasa. "Biar sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Lagu itu disuntik unsur cinta dalam lirik yang sesuai dengan cita rasa remaja.
"Secara ringkas, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap kematangan, malah selari dengan umur saya," tambah gadis ini.
Tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu berkenaan, Najwa berharap Biar dapat menjadi inspirasi kepada peminat dan pencinta muzik tempatan. Peminat yang rindukan aksi Najwa boleh menonton video muzik Biar di laman YouTube.
Setelah tampil dengan Single Terbaru Biar, Kini Najwa Latif berhasrat ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.
Reviewed by Unknown
on
09:20:00
Rating:
No comments: