Makin Pening, 2 lagi universiti nafi bagi PhD kepada Azizan Osman selepas UM


KUALA LUMPUR: Dua lagi universiti tempatan tampil membuat penafian pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada mana-mana individu bernama Azizan Osman.
Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi jurucakapnya ketika dihubungi berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.
Katanya, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.
“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya kepada BH ketika dihubungi di sini, hari ini.
Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.
“Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman,” kata kenyataan IUKL hari ini. – BH
Makin Pening, 2 lagi universiti nafi bagi PhD kepada Azizan Osman selepas UM Makin Pening, 2 lagi universiti nafi bagi PhD kepada Azizan Osman selepas UM Reviewed by Unknown on 10:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.