Grab Memperkenalkan Harga Tambang Baru Kini Hanya Bermula RM1.10/km


Grab dalam terus bersaing dengan Uber, kini telah mengumumkan mereka akan mengurangkan harga tambang untuk tempahan Grab bermula daripada 11 Oktober 2016 ini.
Grab akan mengubah caj per kilometer mereka kepada RM1.10/km untuk Lembah Klang berbanding RM1.30/km. Walaupun perkara ini tidak membawakan perubahan harga yang besar, tetapi untuk jarak perjalanan yang jauh, pengguna boleh melihat perbezaan harga dalam beberapa ringgit.
Perubahan harga ini hanya efektif di Lembah Klang sahaja, dan tertakluk untuk masa luar-puncak. Daripada contoh yang diberikan oleh Grab, kini perjalanan daripada Bangsar ke KLCC sekitar RM11 sahaja, berbanding dengan sebelum ini yang mungkin mencapai RM17.

Sumber: Amanz
Grab Memperkenalkan Harga Tambang Baru Kini Hanya Bermula RM1.10/km Grab Memperkenalkan Harga Tambang Baru Kini Hanya Bermula RM1.10/km Reviewed by Unknown on 09:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.