Viral video wanita dakwa dibogel, dipukul dengan botol kaca akibat cemburu rakan

KOTA BHARU – Ibu kepada wanita tanpa berpakaian yang dipukul dalam rakaman video viral mendakwa anaknya menjadi mangsa aniaya kerana cemburu.

Wanita 50-an itu berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu keluar dari rumah Selasa lalu dan diumpan seorang rakan karib dikenali sebagai ‘kakak’ (turut ada dalam rakaman) yang membawanya ke Pekan Sungai Golok.
Katanya, sehari kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada mangsa mengatakan mengalami kemalangan jalan raya serta menerima beberapa jahitan.
“Saya hanya mengetahui cerita sebenar selepas dimaklumkan anak kedua yang tinggal di Kuala Lumpur. Saya sebagai ibu sangat sedih dengan kejadian ini, sudahlah dipukul dan diaibkan pula tanpa belas kasihan,” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Chicha, di sini, hari ini.
Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada badan dan menerima lapan jahitan di dahi kerana kesan cedera akibat dipukul menggunakan botol.
“Dia demam dan trauma dengan kejadian yang menimpanya. Sekarang pun (mangsa) suruh tutup pintu dan ketakutan apabila ada orang ramai yang datang,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berlaku di negara jiran dan pihaknya menerima dua laporan termasuk daripada mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Sabtu lalu.
“Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai turut ada di dalam rakaman itu yang dituduh menyebarkan video berkenaan.
“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Ibu dakwa anak jadi mangsa cemburu rakan sendiri – Kelantan – Sinar Harian

Viral video wanita dakwa dibogel, dipukul dengan botol kaca akibat cemburu rakan Viral video wanita dakwa dibogel, dipukul dengan botol kaca akibat cemburu rakan Reviewed by Unknown on 06:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.