Tahniah! Puteri Sarah Kini Hamil Tiga Bulan, Syamsul Yusof Bakal Bergelar Ayah


SETELAH dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana, 30; akhirnya disahkan sedang hamil tiga bulan.

Berita gembira itu disahkan oleh suaminya, Syamsul Yusof, yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah.
Menurut Syamsul, mereka awalnya merahsiakan berita baik itu termasuk kepada ahli keluarga kerana mahu kandungan itu betul-betul kuat.
“Begitupun, selepas melihat air muka mereka setiap hari, saya jadi tidak sampai hati. Kami juga mahu mereka gembira apabila mendengar berita ini.

“Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur menerima berita kehamilan isteri saya. Mungkin ramai yang tidak perasan, ketika berucap selepas menerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini, saya ada menyebut mengenai perkara ini.
“Ketika itu, kami baru saja mengetahui perihal kandungan berkenaan selepas disahkan oleh doktor pakar. Namun, saya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu, sehingga kandungannya betul-betul kuat dan sihat,” katanya.
Syamsul berkongsi berita gembira itu selepas disoal media pada pertemuan di sebuah hotel di Indonesia, hari ini.
Sementara itu, Syamsul memberitahu, isteri turut mengalami alahan muntah dan cepat penat.
Sebelum ini, Puteri Sarah pernah mengalami keguguran pada awal perkahwinannya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 lalu.
Syamsul bersama-sama Nabila Huda, A Galak berada di Jakarta bagi menghadiri Malam Gala Tayangan Filem Munafik yang akan berada di 30 pawagam seluruh Indonesia bermula 5 Oktober depan. Credit – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Berita Harian
Tahniah! Puteri Sarah Kini Hamil Tiga Bulan, Syamsul Yusof Bakal Bergelar Ayah Tahniah! Puteri Sarah Kini Hamil Tiga Bulan, Syamsul Yusof Bakal Bergelar Ayah Reviewed by Unknown on 15:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.