Sibuk Dan Jarang Berjumpa Punca Gosip Putus Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus


KUALA LUMPUR: Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Raja Afiq memberitahu faktor sibuk dengan kerja dan kurang berjumpa dengan kekasihnya pelakon Anis Al-Idrus menjadi punca hubungan tersebut dikatakan sudah berakhir.
Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa, namun kedua-dua mereka kini lebih memberi fokus kepada bidang kerjaya masing-masing.
"Kami macam biasa, tiada apa-apa perkembangan baru tentang hubungan cinta. Gosip putus cinta itu mungkin kerana kami masing-maisng sedang sibuk sekarang.

"Saya tengah obses dengan kerja dan kami juga jarang berjumpa kerana urusan kerja yang padat," ujarnya kepada mStar Online.

Raja Afiq ditemui pada majlis pelancaran pusat kecantikan Naarabelle Facespa di Setapak Central, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Raja Afiq berkata, dia dan keksihnya itu masih belum membuat sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya.

"Belum ada lagi rancang untuk berkahwin kerana saya rasa masih lagi muda dan ingin fokus kepada kerjaya lakonan terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu disebabkan cinta kerjaya lakonan yang baru dibina ini terjejas," ujarnya.

Sementara itu, Raja Afiq berkata, dia kini sedang dalam proses menambah berat badan untuk watak utama drama bersiri Tangisan Cinta Amina

Penggambaran drama itu akan bermula pada Ahad dan dia kini terpaksa menukar jadual pemakanannya bagi memastikan berat badannya bertambah.

"Saya kena berisi dan bina badan sedikit sebab kalau saya kurus saya akan nampak seperti budak-budak," katanya

Sumber
Sibuk Dan Jarang Berjumpa Punca Gosip Putus Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus Sibuk Dan Jarang Berjumpa Punca Gosip Putus Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus Reviewed by Unknown on 09:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.