Perkahwinan Angelina Jolie & Brat Pitt Kini Musnah
LOS ANGELES: Pelakon Angelina Jolie memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya aktor Brad Pitt pada Isnin lalu.
TMZ melaporkan Angelina, 41, menyatakan alasan sudah tidak mempunyai persefahaman dalam dokumen permohonan tersebut selain mereka berpisah sejak 15 September lalu.
Dalam permohonan sama, Angelina turut memfailkan hak penjagaan terhadap enam anak mereka dan meminta Brad hanya diberikan hak penjagaan bersama dan lawatan.
Pasangan itu mula dikaitkan mempunyai hubungan cinta pada 2004 ketika sama-sama membintangi filem Mr & Mrs Smith.

Brad ketika itu masih suami kepada aktres Jennifer Aniston.
Paparazi ketika itu berjaya merakam gambar romantis di antara mereka namun pasangan itu menafikan mempunyai hubungan intim.
Januari tahun berikutnya, Brad dan Jennifer mengumumkan perceraian mereka.
Pasangan yang mesra dengan sapaan Brangelina itu mempunyai enam cahaya mata iaitu Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11, Vivienne, 8, Shiloh, 10 dan Knox, 8.

Brad dan Angelina berkahwin pada 2014 dalam sebuah majlis yang diadakan di Perancis namun mereka sudah bersama sejak 2004.
Dalam pada itu, Daily Mail melaporkan punca Angelina memfailkan perceraian tersebut kerana tidak berpuas hati dalam kaedah aktor itu mendidik anak-anak mereka selain menyifatkan suaminya itu bukan seorang bapa yang berwibawa.
Malah sumber memberitahu portal berkenaan Angelina juga sudah tidak boleh bertoleransi dengan tabiat buruk Brad yang gemar menghisap ganja dan mengambil alkohol yang menyebabkan aktor itu menjadi seorang pemarah.
"Keputusan ini dibuat untuk kebaikan keluarga mereka.

"Angelina tidak akan memberi sebarang komen berhubung perkara ini dan meminta agar keluarganya diberi ruang untuk mengharungi saat sukar ini," kata peguam Angelina, Robert Offer dalam satu kenyataan kepada Reuters.
Manakala Brad dalam satu kenyataan pula memberitahu sedih dengan tindakan Angelina namun kini ingin memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak mereka.
Sementara itu, Page Six pula melaporkan Angelina nekad mahu bercerai kerana berjaya menangkap suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan Marion Cotillard yang juga gandingannya menerusi filem Allied.
Laporan itu turut memberitahu perbuatan Brad itu tertangkap apabila Angelina mengupah penyiasat peribadi untuk mengawasi gerak-geri suaminya ketika penggambaran filem berkenaan.

Gambar bersama pasangan berkenaan kali terakhir dirakamkan pada November tahun lalu ketika mereka sama-sama menghadiri majlis tayangan perdana filem By The Sea.
Angelina pernah berkahwin dengan pelakon Jonny Lee Miller (1996-1999) dan Billy Bob Thornton (2000-2003).
Brad berkahwin dengan Jennifer Aniston pada 2000 sehingga 2005.
Angelina pernah berkahwin dengan pelakon Jonny Lee Miller (1996-1999) dan Billy Bob Thornton (2000-2003).
Brad berkahwin dengan Jennifer Aniston pada 2000 sehingga 2005.
Perkahwinan Angelina Jolie & Brat Pitt Kini Musnah
Reviewed by Unknown
on
13:11:00
Rating:
No comments: