Penjual buku agama Jadi Bapa Durjana perkosa anak gadis sendiri banyak kali


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Seorang penjual buku agama tergamak menjadikan anaknya sebagai hamba seks, sehingga sanggup memukul remaja itu dengan tukul.
Bapa berusia 38 tahun itu merogol gadis berusia 16 tahun berulang kali di bilik sewanya di Lorong Haji Taib 1 di sini sejak 26 Ogos lalu, kata sumber polis.
Malah lelaki yang berasal dari Lundu, Sarawak turut didapati mencekik dan mengugut anaknya menggunakan pisau agar tidak menceritakan pencabulan tersebut.
Anaknya yang tiba di sini untuk meneruskan pelajaran dipaksa melakukan seks walau mangsa bergelut untuk melarikan diri.
“Suspek memukul lututnya dengan tukul, menampar, mencekik dan menendangnya sebelum meletakkan pisau di lehernya. Kami percaya dia buat begitu supaya anaknya menutup mulut.
“Anaknya bekerja di kedai borong berhampiran untuk mendapatkan wang saku.
“Dia tinggal hanya beberapa langkah dari balai polis Chow Kit tetapi mungkin terlalu takut untuk minta bantuan,” kata sumber.
Ketika serbuan pada Khamis lepas, anggota polis terpaksa memanjat melalui saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik itu bagi mencari suspek dan anak perempuannya.
“Mangsa yang menangis, berlari dan memeluk seorang pegawai polis wanita yang menyertai serbuan itu. Dia mengalami lebam di dahinya dan luka di lehernya.” – MMO

Penjual buku agama Jadi Bapa Durjana perkosa anak gadis sendiri banyak kali Penjual buku agama Jadi Bapa Durjana perkosa anak gadis sendiri banyak kali Reviewed by Unknown on 21:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.