Kesian : Budak Perempuan Berusia 4 tahun dicabul datuk, diliwat bapa saudara
KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks datuk dan bapa saudaranya sendiri, sejak tahun lalu.
Perbuatan keji dua beranak itu akhirnya terbongkar selepas ibu kandung kepada kanak-kanak malang terbabit membuat laporan polis, sebelum ditahan dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah di sini, semalam.
Di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, datuk mangsa, 58, berdepan pertuduhan melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau terhadap mangsa di sebuah rumah, di Kuala Terengganu, di sini, pada 1 hingga 31 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 377 E Kanun Keseksaan itu.
Dengan itu, dia berdepan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta boleh dikenakan sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd Rahman di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Sejurus pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, mahkamah menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, bapa saudara mangsa yang baru berusia 13 tahun berdepan dakwaan meliwat mangsa di rumah sama, lebih kurang jam 2 petang, pada 11 Februari lalu.
Remaja berkenaan yang sudah tidak bersekolah itu mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat yang berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum membenarkan remaja itu dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Kejadian malang yang menimpa mangsa hanya diketahui ibunya pada 15 Mac lalu, lebih kurang jam 10 malam, semasa sedang membersihkan kemaluan kanak-kanak itu.
Mangsa memberitahu datuknya yang dipanggil tok ki serta bapa saudaranya telah melakukan sesuatu di kemaluannya, sebelum laporan polis dibuat oleh ibunya. – Sinar
Kesian : Budak Perempuan Berusia 4 tahun dicabul datuk, diliwat bapa saudara
Reviewed by Unknown
on
08:31:00
Rating:
No comments: