Kelebihan Memiliki Seorang Suami Atau Kekasih Yang Nakal


Sebagai seorang lelaki “rasa ingin tahu “telah menjadi darah daging sejak dari pada kecil, oleh sebab itu kanak kanak lelaki biasanya akan lebih nakal dan degil masa kecil berbanding perempuan.
Walau pada umumnya masyarakat melayu tidak menyukai remaja melayu yang nakal dan degil namun tahukah anda kenakalan dan kedegilan itu sebenarnya telah mengajar mereka hidup di dunia yang penuh dengan hasat dengki ini.
Acap kali perkataan nakal dan jahat di salah erti, sebenarnya bukan lelaki nakal yang mempunyai perwatakan samseng yang perlu anda jauhi, namun lelaki jahat yang perlu anda jangan dekati.
Lelaki yang dimaksudkan nakal dan degil disini adalah “harimau tunggal” seorang lelaki yang hidupnya tidak tentu, tiada masa depan dan tidak mahu hidupnya di kongkong oleh sesiapa.
Jenis lelaki yang seperti ini akan melakukan apa saja untuk orang yang dia sayang asalkan dia bahagia dan pantang apabila haknya cuba di ambil orang lain, lelaki seperti ini juga mempunyai pemikiran liar dan tidak mudah percaya dengan orang sekeliling.
Tidak mudah percaya dengan orang (degil)?
Lelaki nakal tidak mempunyai pemikiran yang sama dengan lelaki normal, mereka akan tetap menaruh rasa bertanya serta rasa tak yakin dengan apa yang disampaikan, sebabnya kerana mereka telah terlatih untuk tidak terlalu percaya dengan orang sekeliling serta tidak akan mudah termakan oleh nasihat orang tua tua.
Sekali pandang memang mereka nampak tiada kehidupan di masa depan, kerjanya hanya melepak, merempit namun tahukah anda melepak itulah yang membuat mereka mempunyai kawan yang ramai.
Ia mempunyai kawan yang ramai adalah salah satu tali sambungan yang boleh di handalkan apabila dia ingin membuka usaha di hari esok.
Hanya kerana tidak mempunyai lulusan ternama dan tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai perwatakan samseng dihina dan dicaci maki, dipulaukan oleh masyarakat kononya adalah sampah masyarakat, “jangan terlalu cepat menilai” dari kehidupan yang mereka lakonkan itulah mereka telah di latih untuk mencabar hari esok dan sudah terbiasa hidup serba kekurangan, mereka bersedia menghadapai apa saja yang berlaku esok.
Berlain dengan orang yang mempunyai pendidikan tinggi Malah berharta tapi masih takut dengan kehidupan masa depan..siapa sebenarnya yang berilmu?
Sebenarnya, kebanyakan orang di dunia ini bakal mencari hidayah dalam hidup, mungkin saja hingga saat ini mereka masih nakal, insyaAllah kan tiba masanya dia akan melihat dunia dengan pandangan yang lebih luas.
“Jangan pandang kami sebelah mata, hidup kami tidak seanjing itu kawan”
Kelebihan Memiliki Seorang Suami Atau Kekasih Yang Nakal Kelebihan Memiliki Seorang Suami Atau Kekasih Yang Nakal Reviewed by Unknown on 07:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.