Jururawat tergamam Honda Civic 'Type R' lesap ketika bayar minyak



Permaisuri: Seorang jururawat tergamam apabila kereta miliknya dilarikan ketika dia sedang membuat bayaran di kaunter stesen minyak di Chalok, Permaisuri, 6.45 pagi tadi.

Mangsa Habsah Mohamad, 35, dari Putera Jaya dekat sini, berkata kejadian berlaku ketika dia berhenti di untuk mengisi minyak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Selepas selesai membayar minyak saya berpusing ke arah kereta dan terkejut apabila mendapati ia sudah tiada. 

"Seorang saksi di tempat kejadian beritahu kereta saya dibawa lari ke arah Kuala Terengganu.

"Anggaran kerugian barangan dalam kereta kira-kira RM8,000 termasuk beg, wang tunai, barang kemas dan beberapa dokumen penting," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber
Jururawat tergamam Honda Civic 'Type R' lesap ketika bayar minyak Jururawat tergamam Honda Civic 'Type R' lesap ketika bayar minyak Reviewed by Unknown on 06:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.