Hanya kerana menjeling seorang lelaki cedera dibelasah 8 lelaki dekat KLCC


Kuala Lumpur: Jelingan membawa padah. Itu yang dialami empat remaja lelaki apabila cedera dibelasah sekumpulan lapan lelaki menggunakan botol arak berhampiran KLCC, di sini.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, kumpulan penyerang dikatakan mabuk dan menyerang mangsa selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa merenung mereka.
Difahamkan, dua remaja terlebih dahulu dibelasah sebelum dua rakan mereka berusia 18 dan 21 tahun datang membantu.
Bagaimanapun keempat-empat mereka sebaliknya cedera dibelasah kumpulan lelaki mabuk itu bersenjatakan botol arak dan tali pinggang.
Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.45 malam dan sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Hanya kerana menjeling seorang lelaki cedera dibelasah 8 lelaki dekat KLCC Hanya kerana menjeling seorang lelaki cedera dibelasah 8 lelaki dekat KLCC Reviewed by Unknown on 21:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.