Akhirnya PEMBUNUH Paling Kejam Dlm Malaysia Dihukum Gantung. Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Gantung


PETALING JAYA: Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong pada 2003.
Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang, dekat sini.
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.
Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang pembentungan. – MStar

Akhirnya PEMBUNUH Paling Kejam Dlm Malaysia Dihukum Gantung. Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Gantung Akhirnya PEMBUNUH Paling Kejam Dlm Malaysia Dihukum Gantung. Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Gantung Reviewed by Unknown on 08:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.