Abang belasah adik kerana tak bawa anaknya pergi kedai


Jempol: Seorang lelaki ditahan di rumahnya di FELDA Palong Empat, di sini, selepas dikatakan membelasah adik perempuannya kerana dipercayai tidak berpuas hati anaknya tidak dibawa ke kedai.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai penagih dadah itu ditahan di rumah ibunya, pada 1.30 petang semalam.
Menurutnya, penahanan itu susulan laporan polis dibuat wanita berusia 32 tahun yang mendakwa dibelasah abangnya apabila mengetahui dia ke kedai membawa anak saudara lain dan tidak membawa anak suspek bersama.
“Suspek memukul kepala, tangan dan mencekik leher. Selain itu, suspek turut menghantuk kepala mangsa ke tingkap kaca menyebabkan dia cedera.
“Suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa dan ibunya.
“Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kita menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. – Metro
Abang belasah adik kerana tak bawa anaknya pergi kedai Abang belasah adik kerana tak bawa anaknya pergi kedai Reviewed by Unknown on 09:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.