Nelydia Senrose Perjelas Sikap Suka Berdiam Diri
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose berkata dia bukan sengaja bersikap berdiam diri atau sambil lewa dalam menjawab sebarang mesej daripada pihak yang ingin kerjasama dengannya.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia, 19, berkata, dia mengambil masa untuk berbincang dengan beberapa pihak sebelum memberikan kata putus dalam menerima sesuatu tawaran yang datang.
"Saya bukan sengaja mengambil tindakan berdiam diri, sebaliknya saya tidak berani untuk memberi kata putus pada waktu tersebut.
"Saya perlu berbincang dengan produksi yang sedang saya kerja tentang jadual dan mencari waktu yang sesuai membuatkan saya lambat memberikan jawapan," katanya kepada mStar Online.
Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan pengarah filemCinderella, Ahmad Idham yang mendakwa dia lambat memberikan jawapan ketika ditawarkan membawakan watak Nurul dalam filem tersebut.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan beberapa pihak yang sukar untuk menghubungi pelakon ini untuk sesi penggambaran bersama media bagi tujuan promosi.
Tambah Nelydia, sebagai selebriti dia tidak mahu mengecilkan hati mana-mana pihak terutamanya dalam menjaga kerjaya lakonannya.
"Saya seorang yang susah untuk kata tidak, kalau boleh memang tidak mahu menghampakan mana-mana pihak tetapi saya juga tidak mahu beri masalah pada produksi sekirannya saya tersalah beri tarikh," katanya.
Sementara itu, Nelydia yang melakonkan watak yang pernah dipopularkan oleh Haliza Misbun mengakui tidak mahu lakonannya diperbandingankan dengan pelakon wanita tersebut.
"Saya tahu orang akan perbandingkan dengan Haliza, yang mana saya tahu lakonan dia jauh lebih baik, namun kalau boleh biarlah perbezaan itu tidak terlalu jauh.
"Ketika cerita tersebut popular saya masih berumur beberapa tahun, tapi saya ada menonton cerita tersebut di internet bagi melihat karekter Nurul yang dibawakan dahulu," katanya.
Filem Cinderella yang turut dibintangi oleh Fizo Omar, Fauziah Nawi, Erin Malik dan datuk Jalaluddin Hassan akan ditayangkan diseluruh pawagam pada 19 Disember ini.
Nelydia Senrose Perjelas Sikap Suka Berdiam Diri
Reviewed by Unknown
on
11:01:00
Rating:
No comments: