Jovian, Nina Sabrina juga nikah 11 Disember


TAHNIAH diucapkan kepada pereka fesyen dan pengacara, Jovian Mandagie bersama kekasih hatinya, Nina Sabrina Ismail Sabri bakal disatukan pada 11 Disember depan di Muzium Diraja Istana Negara lama, jam 3 petang.

Hubungan pasangan ini memang diketahui ramai, mereka tidak menyorok atau menyembunyikan status tersebut selepas dua tahun kenal rapat.

Majlis yang bertemakan tradisional Melayu dan Jawa itu diadakan mengikut adat keturunan kedua belah pihak.

Lebih menarik, satu majlis khas juga diadakan di Bera pada 21 Disember memandangkan bapa Nina yang juga merupakan ahli Parlimen Bera.

Untuk pengetahuan, Jovian melamar Nina pada 14 Februari lalu dan bersetuju untuk berkahwin.

Selesai majlis resepsi, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di negara Timur Tengah iaitu Turki, Itali dan Rom.

Adira sorok status?

Persoalan mengenai status sebenar penyanyi Dewi Cinta, Adira menjadi tanda tanya apabila dia memuat naik sekeping foto yang menunjukkan jarinya tersarung sebentuk cincin di laman Instagram, baru-baru ini.

Tindakan Adira itu menggambarkan bahawa dia sudah bersedia ke jinjang pelamin dan bergelar isteri.

Difahamkan, penyanyi berkulit cerah itu kini sedang hangat bercinta dengan Presiden Gerakan Belia 1Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin.

Apatah lagi, si jejaka turut menemani Adira ketika pusingan kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir pada Jumaat lalu menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, Adira menafikan mereka telah bertunang sebaliknya menyatakan bahawa cincin tersebut sekadar hadiah hari lahirnya pada 19 September lalu.

Sumber
Jovian, Nina Sabrina juga nikah 11 Disember Jovian, Nina Sabrina juga nikah 11 Disember Reviewed by Unknown on 08:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.