Terkini : PM dan Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS
![]() |
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak |
PUTRAJAYA: Kabinet sebentar tadi memutuskan tidak akan meneruskan cadangan menyenarai hitam peminjam ingkar di bawah Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Keputusan itu dibuat mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.
"Terima kasih pada Perdana Menteri dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," katanya menerusi akuan Twitternya, sebentar tadi.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.
p/s : Alhamdulillah kerajaan nampaknya prihatin terhadap luahan suara rakyat marhaen.
Sumber
Terkini : PM dan Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS
Reviewed by Unknown
on
14:03:00
Rating:

No comments: